Saturday, November 6, 2010

أُمْحُوْضَة مِنِّي

Kadangkala, memang berlaku apabila kita berasa malu untuk
mendirikan tiang agama iaitu solat.

Aiknya iman, Bila naik, rajin. Bila turun, jadi malas. =)


Tetapi, jikalau tertimbul rasa bersalah apabila malas hendak solat, itu
tanda baiklah. Itu makna Allah masih membuka hati kita untuk sedar
kepentingan solat itu.


Namun yang bahayanya, jikalau kita sudah berani meninggalkan solat
dengan tiada rasa gelisah ataupun bersalah.
Memang lah kita tidak disambar petir dengan melakukan sedemikian.
Haaaa.... ITULAH BAHAYANYA!!


Sebahaya-bahaya balasan bagi perbuatan-perbuatan mungkar kita,
contohnya meninggalkan solat, adakah jika Allah membiarkan kita
bertambah jauh daripadaNya dan kita terus merasa selesa dan senang
dan perbuatan-perbuatan mungkar kita.
Oooo... bahaya tu..

Jadi, wahai teman-teman, berpesan-pesanlah kpda saudara/saudari
Islam kita agar menuruti perintah Allah dan cegahi mereka daripada
perbuatan-perbuatan yang jelas-jelas mungkar.


Ingatlah surah Al-Asr. Hayati makna ayat-ayatnya.
Jangan kerana takut atau segan, kita meninggalkan hak Allah.

Nabi pernah bersabda:"إن الله لا يستحي من الحق"

Itulah yang saya ingin berkongsi bersama para pembaca.
Semoga kita semua senantiasa ingin mempertingkatkan diri.


Sesungguhnya segala yang baik daripada Allah s.w.t. dan yang tidak itu daripada diri saya sendiri. Salamalaikum wr.wb.

No comments:

Post a Comment