Thursday, December 30, 2010

Kekuatan Seorang Pelajar

Assalamualaikum Wr Wb

Kita sebagai pelajar pasti ada kelemahan dari segi kesihatan fisikal dan mental, begitu juga seorang guru yng telah mengajar kita dari pagi hingga ke petang.

Apakah yang akan menguatkan kekuatan kita sebagai seorang pelajar? Apakah maksud kekuatan? Soalan ini mungkin bermain di fikiran anda.

Maksud kekuatan di sini adalah kekuatan untuk terus belajar dengan cemerlang.Ukhuwah adalah sumber yang akan menguatkan kekuatan kita sebagai pelajar.

Apa yng telah di perhatikan oleh saya adalah kekurangan ukhuwah antara pelajar dan guru ,tidak kira yng baik atau yng buruk akhlaknya.

Dikalagan kita mungkin tidak selesa dengan sebahagian guru,ada yng ingin mengelakkan diri dari bertemu dan ada yng sengaja ingin membuat guru itu marah kerana sebab-sebab tertentu.inilah masalah yang mengakibatkan ukhuwah kita terjejas.

Pada pendapat saya,kita sebagai pelajar sepatutnya memberitahu guru kita tentang cara mereka mengajar,adakah cara mereka dapat membantu kita dalam pembelajaran kita atau dapat merosotkan pembelajaran kita? Cara yang terbaik untuk memberitahu adalah dengan cara yang menjaga hati guru,buatlah mereka sebagai kawan anda tetapi jangan sampai melanggar adab sebagai seorang pelajar.

Ingatlah wahai rakan-rakanku! kekuatan kita sebagai pelajar bergantung kepada kekuatan guru dan kekuatan guru bergantung kepada kita semua.

Sampai di sini sahaja.sekiranya ada yang salah harap diperbetulkan.

Assalamualaikum Wr Wb

No comments:

Post a Comment