Salam Sejahtera kepada semua :)
Harapanku semua sihat-sihat.
Hmm, bulan bahasa yang telah bermula sejak 26 jun 2010 akan berakhir tidak lama lagi.
Tepatnya, hari inilah hari terakhir bulan bahasa.
Sempena bulan bahasa, (hari terakhir sahaja saya tulis begini,heh) pelbagai acara telah disediakan oleh badan-badan di Singapura, bukan?
Namun...yalah.. saya tidak ikut serta semuanya.
Kawan-kawan,
selain bulan bahasa, kita telah menyambut
Hari Keharmonian Kaum!
Tidak sangka, persediaan yang cukup singkat itu membuahkan sesuatu yang masha-Allah, melegakan.
Saya bangga dan bersyukur kerana dipilih oleh-Nya untuk menuntut di sekolah ini, bersama rakan-rakan yang rajin serta konsisten.
Alhamdulillahi rabbil..................`
ALAMIN. :)
Kawan-kawan,
setelah menilai dan memerhati...
Saya dapati, ramai diantara kita yang seronok dan mahu menyertai lagi acara sebegini.
Siapa yang tidak mahu, bukan?
Selain dapat ilmu dan pengalaman yang baru, kita juga dapat rapatkan lagi hubungan sesama sendiri.
Mungkin...
jika kita lihat Si fulan ini agak pendiam di kelas, semasa latihan, dia memberi sepenuhnya!
jika kita lihat Si fulan ini tidak suka bekerjasama dalam kelas, semasa latihan pula, masha-Allah... dialah yang paling berkobar-kobar semangatnya!
Bergembira bersama.
Ketawa bersama.
Sama-sama berpeluh.
Sama-sama berjuang.
Itu yang membuat pengalaman hari semalam begitu manis dan diabadikan dalam memori.
Akan tetapi!
Sebagaimana yang telah diberitahu oleh seorang guru (yang amat dihormati) dalam kelas pada hari yang menggembirakan hati,
Jika semangat ini...
Kesungguhan ini...
Kerjasama ini...
Dipraktikkan dalam kelas, bagi kejayaan dalam pelajaran pula, lebih baik!
Ya, saya setuju.
Anda setuju?
Hmm, saya baru tadi 'bersiar-siar' di lelaman facebook. Cikgu-cikgu yang bertauliah kata, kita mesti buktikan kesungguhan belajar dan kejayaan dalam pelajaran. Baru kita dapat peluang untuk
'bersinar' atas pentas sekali lagi!
Apa lagi?
YOK SAHUT CABARAN ITU!
Dan sesungguhnya...semua amalan kita kerana Allah s.w.t
Jadi baik sorang2 okay je...
Jadi baik ramai2, lagi best!
Kerana masa muda hanya datang sekali sahaja!
Cabaran kita pun banyak!
Kerana apa?
Kitalah paling beruntung jika masa muda kita dipenuhi ibadah dan taat kepada Allah.
Dengan sebab i itu... banyak sangaaaat cobaan dan ujian untuk kita.
Kita fight sama2 ya?
:)