Thursday, December 30, 2010

Kekuatan Seorang Pelajar

Assalamualaikum Wr Wb

Kita sebagai pelajar pasti ada kelemahan dari segi kesihatan fisikal dan mental, begitu juga seorang guru yng telah mengajar kita dari pagi hingga ke petang.

Apakah yang akan menguatkan kekuatan kita sebagai seorang pelajar? Apakah maksud kekuatan? Soalan ini mungkin bermain di fikiran anda.

Maksud kekuatan di sini adalah kekuatan untuk terus belajar dengan cemerlang.Ukhuwah adalah sumber yang akan menguatkan kekuatan kita sebagai pelajar.

Apa yng telah di perhatikan oleh saya adalah kekurangan ukhuwah antara pelajar dan guru ,tidak kira yng baik atau yng buruk akhlaknya.

Dikalagan kita mungkin tidak selesa dengan sebahagian guru,ada yng ingin mengelakkan diri dari bertemu dan ada yng sengaja ingin membuat guru itu marah kerana sebab-sebab tertentu.inilah masalah yang mengakibatkan ukhuwah kita terjejas.

Pada pendapat saya,kita sebagai pelajar sepatutnya memberitahu guru kita tentang cara mereka mengajar,adakah cara mereka dapat membantu kita dalam pembelajaran kita atau dapat merosotkan pembelajaran kita? Cara yang terbaik untuk memberitahu adalah dengan cara yang menjaga hati guru,buatlah mereka sebagai kawan anda tetapi jangan sampai melanggar adab sebagai seorang pelajar.

Ingatlah wahai rakan-rakanku! kekuatan kita sebagai pelajar bergantung kepada kekuatan guru dan kekuatan guru bergantung kepada kita semua.

Sampai di sini sahaja.sekiranya ada yang salah harap diperbetulkan.

Assalamualaikum Wr Wb

Saturday, December 18, 2010

Yang Esa

Bilakah kita akan mengingatiNya?
Adakah bila kita dalam derita atau dalam kesenangan?
Inilah yng harus kita fikirkan dan mengimbas kembali saat kita sangat memerlukanNya.

Ada empat perkara yng mungkin melalaikan kita dari mengingatinya,iaitu:

1.masalah sosial
2.lagu
3.masalah merokok
4.masalah seksual

Empat perkara ini telah berlaku pada zaman ini tanpa kita sadari dan ia telah diamalkan oleh para remaja kita yang meningkat dewasa.

Ingatlah wahai teman-temanku!
syaitan sentiasa berpegang pada janjinya,maka kita juga harus berpegang pada janji kita.

sampai di sini sahaja,yng baik dtng dariNya dan yng salah itu datang dari diri ini sendiri.

Wednesday, November 17, 2010

Sunday, November 14, 2010



Sungguh. Perang yang lebih besar selepas perang badar sebenarnya ialah perang dengan nafsu.

Saturday, November 6, 2010

أُمْحُوْضَة مِنِّي

Kadangkala, memang berlaku apabila kita berasa malu untuk
mendirikan tiang agama iaitu solat.

Aiknya iman, Bila naik, rajin. Bila turun, jadi malas. =)


Tetapi, jikalau tertimbul rasa bersalah apabila malas hendak solat, itu
tanda baiklah. Itu makna Allah masih membuka hati kita untuk sedar
kepentingan solat itu.


Namun yang bahayanya, jikalau kita sudah berani meninggalkan solat
dengan tiada rasa gelisah ataupun bersalah.
Memang lah kita tidak disambar petir dengan melakukan sedemikian.
Haaaa.... ITULAH BAHAYANYA!!


Sebahaya-bahaya balasan bagi perbuatan-perbuatan mungkar kita,
contohnya meninggalkan solat, adakah jika Allah membiarkan kita
bertambah jauh daripadaNya dan kita terus merasa selesa dan senang
dan perbuatan-perbuatan mungkar kita.
Oooo... bahaya tu..

Jadi, wahai teman-teman, berpesan-pesanlah kpda saudara/saudari
Islam kita agar menuruti perintah Allah dan cegahi mereka daripada
perbuatan-perbuatan yang jelas-jelas mungkar.


Ingatlah surah Al-Asr. Hayati makna ayat-ayatnya.
Jangan kerana takut atau segan, kita meninggalkan hak Allah.

Nabi pernah bersabda:"إن الله لا يستحي من الحق"

Itulah yang saya ingin berkongsi bersama para pembaca.
Semoga kita semua senantiasa ingin mempertingkatkan diri.


Sesungguhnya segala yang baik daripada Allah s.w.t. dan yang tidak itu daripada diri saya sendiri. Salamalaikum wr.wb.

Sunday, October 31, 2010

Indah dunia ini jika kita saling bermaaf-maafan.